blog*spot

Fitrah ZH

Tuesday, February 24, 2004

Cacamurba! 

Salamullahi 'alaikum warah matullah...Assalaamu`alamanittabi`ilhuda
Salam 'alaikum ya rasulallah s.a.w... ahlil bait...sahabah....

Cuti panjang last week betul-betul rasa dpt rest...alhamdulillah. Dengan berkatNYA, dpt juga rasa satu 'rehat' :).
Banyak yg ingin diceritakan...tapi mungkin ada yg dah layak masuk bakul overdue. Maklumlah..last menulis kat blog nih hari Selasa last week. Dah genap seminggu pun! :P
Campur dgn meeting sana sini dan tiada luang walaupun waktu rehat jam 1, blog tinggal blog. :)

Mengimbas minggu lepas, hari Rabu...hujan petg di KL mengundang kesesakan trafik yg melampau. Lantas, Zainal ajak aku gih Midvalley sementara tunggu hujan + jem reda. Elok jek tiba kat sana, masa Zainal gih solat. Aku ternampak satu susuk tubuh yg 'macam' dikenali. Aku perhati dr jauh. Sampailah bila Zainal dah sudah solat dan kembali kpdku, aku tunjukkan kepada dia. Dia tak cayer..kot org lain kot. Biarlah..dia ada dlm satu gerai...beli brg kot. Then, nak jadi cerita dia keluar drp gerai ketika aku sdg menuju ke JJ. Berselisih la pulak! Aku pun tak berani tegur sbb takut tersalah org. Pernah jumpa sbl nih..tapi dah lama..tak ingat :P. Tapi dia yg 'down to earth'...memandang aku yg memerhati. Dia tersenyum dan 'assalamu'alaikum!'.. erkss.. 'waalaikum salam wbt'..aku jawab. Ups..betullah.. Itu dia! Eheks..malu2...dia yg tegur dulu. Bukan 'kitaorg'...taper la. Saja jek. Sonok tgk jek.
Tu lah dia.. Mak Wan yg sedg berurusan di Midvalley dgn ditemani sorg gadis (pastinya bukan Izzah).

:)
Tamat satu cerita...(just wanna recall the date 180204, Wed)

Then, hari demi hari berlalu lagi...hingga tiba hari yg ditunggu dlm minggu lalu...Khamis 190204! Mama sampai!!! Yey! hehehe...rindu kat semua. Mama sampai malam Khamis tu...utk prepare nak gih Bkt Fraser esoknya-Jumaat :P

Hari Jumaat pulak...takleh cuti sbb ada meeting...kena present. So, terpaksalah gih kerja jugak. After office hour barulah dpt bertolak. Alhamdulillah..percutian yg menyenangkan dgn keluarga-keluarga ;).
Yg kesiannya, Tok kena naik sampai tingkat 4 utk naik umah aku. Pastu, kat Bkt Fraser pulak sampai tgkt 3 utk ke bilik! hehehe..takpa la. Rekod seorang Tok, sehari sbl usianya mencecah 75 thn...dia menjelajah tingkat-tingkat apartmt & menjelajah Bkt Fraser (including Air Terjun Jeriau yg jenoh gak berjalannya tuh).
Tok..tok...commeyyy




Ok semua..babaisss...esok cerita-ceriti lagi. Banyaknya nak kongsi. Tapi takleh semua sekali!
Byessss


--
Hany FF
3 Muharram 1425 H
24 Februari 2004 M


Tuesday, February 17, 2004

RiLeKs MinDa.... 

Assalamualaikum wbt semua! Pa habaq?

;) Sedang menunggu kemunculan satu lagi blog! Eheheh...minta2 jadi kenyataan ekkk...
I can't wait to read such tips! :P

Semalam mc. Peningnya tak tertahan...sampai dekat maghrib terbaring jek. PK-PK...biarlah..bukan salu dpt rehat pun. Waktu hari keja...siang dtg keja...duduk jek sampai petg. Malam pulak, baru ada peluang nak rehat. Ujung minggu pulak, ada jer tugasan utk disiapkan...mana ada can nak rehat sepanjang hari.
Macam-macam berlaku ek dlm hidup?
Tiada apa dpt dikatakan...cuma empathy yg melimpah :). Bak kata ika, istighfar yang paling dekat dgn org yg sedang ditimpa ammarah. Bagai air sejuk menenangkan. ;) Selamat mencuba!

Ada satu cerita nak diceritakan utk semua...utk dikongsi bersama.
Pada suatu hari, dua org sahabat sedang bercerita.
Seorang berkongsi akan indahnya utk berusaha menjadi seorang wanita solehah.
Seorang lagi berkongsi akan indahnya utk hidup sbg wanita yg tabah.

Sambil itu, teringat satu tazkirah drp Dato' Dr Mashitah Ibrahim yg pernah kuhadiri dua tahun dahulu.
Dalam meniti hidup sehari-hari...kita seringkali berdo'a...bermunajat kepadaNYA yang sentiasa MENDENGAR akan rintihan dan permintaan hambaNYA.
Dalam pada itu, berhati-hati dengan do'a kerana jika tersilap do'a kita mungkin akan menyangka DIA tidak memakbulkan. Sedang, itulah yg kita pinta sbnrnya.

Contoh 1 (do'a yang sering diucapkan):
"Ya Allah, jadikanlah aku hambaMU yang tabah menghadapi cabaran kehidupan dan ujianMU Ya ALlah"
---> Tujuan : supaya diri kita mampu menjadi hamba yg redha akan taqdirNYA
---> Doa yg disarankan : "Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan dan rahmatMU dlm hidupku di dunia & akhirat"

Contoh 2 (do'a yang sering diucapkan-lebih kurglah):
"Ya Allah, murahkanlah rezekiku.... "
---> Tujuan : supaya rezeki dilimpahkan kpd kita menjadikan kita muslim yg berharta
---> Doa yg disarankan : "Ya Allah, jadikanlah aku hambaMU yg bersyukur" ~ sbb janji Allah, DIA akan melimpahkan rezeki bagi hambaNYA yg bersyukur.

contoh je lah...seingat saya, ada 3 contoh yg Dr Mashitah bagi time tu...tapi yg saya ingat, hanya 2 contoh ini.

Kat bawah nih...saya sertakan satu puisi oleh Mawar Desa yg saya petik drp Majalah FAJAR. Sebuah puisi yg saya kagumi & menjadi inspirasi saya sejak di Tahun 1 MMU lagi :)...Semoga mesej yg baik itu dpt kita kongsi bersama.

BUKAN PEREMPUAN BIASA

Bukan perempuan biasa
Bila hatinya masih lagi tenang
Walaupun seringkali dihiris dan dicalari
Bukan perempuan biasa
Andai bibirnya masih menguntum senyum
Walau cairan pekat merah pernah mengalir melaluinya.

Bukan perempuan biasa
Setelah selautan onak dan duri diredahi seusia hidup di muka bumi
Setelah jiwanya disakiti hatinya dilukai
Namun jiwanya masih mampu teguh berdiri.

Hakikatnya dia berdiri seorang diri
Bersama hati sekeras wajah
Menempuh cabaran demi cabaran
Dugaan demi dugaan.

Kesedihan ibarat bayang-bayang setia yang mengekori
Kedukaan silam bagaikan cermin di hadapan diri
Kenangan maha perit sudah tidak mampu ditepis lagi
Namun
Selagi mendung berarak kelabu
Perjuangan hidup masih belum sampai ke penghujung
Langkah tetap diatur penuh keakuran
Pada setiap takdir dan ketentuan.

Bukan perempuan biasa
Segala ikrar di hati teguh terpateri
Tembok kebencian takkan runtuh
Ketabahan hati takkan luluh
Ketahanan diri takkan roboh
Bukan perempuan biasa
Jiwa dan perasaannya tiadakan dapat diselami
Kesedihan lampaunya mustahil untuk dijejaki
Rintihan hatinya tidak akan mampu dimengerti.

Sungguh
Bukan perempuan biasa
Bila tangisan dan senyumannya
Terlalu sukar untuk ditafsirkan
Tiadakan dapat dibezakan.

Itu hakikat
Itu kebenaran

Perempuan itu
Di tangannya setangkai mawar berduri
Di hatinya sebuku racun berbisa.


CETUSAN RASA;
MAWAR DESA
PETIKAN: majalah FAJAR (edisi akhir)


---

H H FFFFF FFFFF
HHH FFFF FFFF
H H F F
Cabaran dalam Perjuangan,
adalah Kemanisan dalam Pengabdian.

*Firman Allah dlm Kitabullahil'Adzim;
"Seorang pun tidak mengetahui apa yang
disembunyikan untuk mereka iaitu
(bermacam-macam nikmat)yang menyedapkan
mata sebagai balasan terhadap apa yang
telah mereka laksanakan."


(Surah As-Sajdah:17)

25 Zulhijjah 1424 H
17 Februari 2004 M


Saturday, February 14, 2004

WaNiTa Itu...Masih Mekar! 

Salamullahi 'alaikum warah matullah...

Bersua lagi di laman ini.
Catatan bisu yang sering di hadapan, dan aku sering bersembunyi di belakangnya.
Satu kenyataan yang aku sampaikan, namun aku sendiri yang berselindung dengannya.
Satu harapan yang aku luahkan, tapi aku sering mengendong walang bersama.

Terima kasih sahabat...terasa meriahnya hidup dikelilingi sahabat yg 'hingaq' cam korg nih ;)
jgn marre...tu maksudnya kehadiran anda dihargai. :)
Senyum membaca satu-satu komen korg....

Siti Khadijah...serikandi sejati...
~ Hatimu menyalakan keyakinan, hartamu membuktikan pengorbanan
~ Siti Khadijah, nama indah, qudwah hasanah, tauladan ummah...
~ Siti Khadijah, mujahidah solehah...pemergianmu ditangisi Nabi, hingga kini tiada pengganti
~ Sunyi jalan menuju Allah, menggamit hati mencari teman
~ Indah jalan menuju Allah, jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi...masih ada lagi...


Pagi tadi...sedang ralit menelek kerja utk hari ini, mp3 yang kupasang berkumandang perlahan, melatari masa. Nasyid Siti Khadijah dendangan INTEAM. Liriknya sungguh menyentuh hati. Bait-bait kata yang kurakamkan di atas, sungguh meninggalkan kesan yang mendalam dlm diriku. Dari dulu...dari dulu.
Sejak, aku tahu membaca hingga kisah Khadijah diceritakan padaku...hingga nasyid ini dirakamkan. Entah mengapa, naluri ini mudah tersentuh dengan alunan irama dan suara. :) Moga tidak membawa kepada perkara yang lagho.

Mampukah kita mencontohinya? Khadijah, Aisyah, Sumayyah, Rabi'atul Adawiyah, hinga yang akhiir kini...Maryam Jameelah atau kalaupun tak mampu sampai ke peringkat itu...cukuplah Ustazah Fuziah! (maaf, sekadar menyebutkan beberapa nama tokoh muslimat yang nyata pengorbanan dan hidupnya utk ISLAM - dan Ustazah yang disebutkan itu adalah seseorang yang cukup berpengaruh kpd diri saya & x-SMKAP,Kangar, our 'bonda').

Mungkin Khadijah seorang isteri yang matang & setia, gandingan bagi seorang Rasulullah s.a.w, yang perngorbanannya sukar kita jangkau, cukuplah sedikit utk kita memupuk redha dlm diri.

Mungkin Aisyah seorang isteri yang muda & manja, namun cukup memberi semangat kepada suaminya yang juga Rasulullah s.a.w utk meneruskan perjuangan da'watullah. Seorang isteri yang mampu menyimpan & menyampaikan 'ilmu drp suaminya kepada ummah seluruhnya. "Isteri cerdik yg solehah~ilmu yg diberi dpt disimpan"-petikan nasyid Isteri Solehah:The Zikr.

Atau mungkin sanjungan kita Sumayyah, seorang ibu yang dengan perit lelahnya melahirkan anak-anak, namun sanggup melihat nyawa anak-anaknya di'tebas' di hdpnnya oleh kafir Quraisy! Seorang ibu yang tercatat dlm sejarah Islam sbg yg pertama syahid. Sanggup! Walau tauhidnya baru bercambah di waktu Islam baru bertapak. "Sumayyah...walaupun jasadmu milik tuan tetapi hatimu milik Tuhan...dan kau pun tega memilih syurga walau terpaksa mengorban nyawa, namun tombak yang tajam menikam jasadmu yang tiada bermaya, namun iman di dadamu sedikit tidak berubah...Darahmu menjadi suluh pelita iman...Sumayyah, kau dibunuh di dunia yang sementara, utk hidup di syurga yang selama-lamanya"-petikan nasyid Sumayyah:Hijjaz

Mungkin contoh kita akan terpahat pada yang hidupnya seiras dengan kita, si isteri memilih Khadijah & Aisyah, si ibu memilih Sumayyah, atau ada juga yang memilih utk mengabdi diri kepada al_Khaliq sebagai lambang CINTA yang abadi! Rabi'atul Adawiyah! Betapa sempurnanya Allah menjadi dunia Islam ini dikelilingi tokoh yang variasi, membentuk peribadi & akhlaq mukminah yang menyeluruh!
Walau apapa pun, fitrah manusia mahu mencintai dan dicintai, kepada ibu bapakah? atau kepada pasangan hidupkah (suami)? atau kepada Allah! Manusia tetap mahu menyalurkan fitrahnya kepada yg sepatutnya.
Mungkin Rabi'atul Adawiyah cukup kuat utk menyampaikan cintanya kepada Rabbul 'Izzati...mampukah kita? Contoh terbaik didekati, andai mampu angkatlah, tapi jgn sampai terbeban...andai tak mampu, jgn ditolak akan kenyataan ummat terdahulu itu.

Kita ummat akhir zaman, walau siapa pun contoh kita...pendekatan dan suasana kita berbeza. Lorong dan duri sudah di situ...andai tidak mampu berjalan di atasnya, telusurilah, telusurilah perlahan-lahan di sampingnya agar kita tidak terbabas oleh desak waktu yang menyanggah Islam ke pinggiran.

Andai akhir zaman mejadi ukuran, sediakanlah diri sahabat. Kalaupun tidak Maryam Jameelah, wanita Yahudi yang memeluk Islam dan menjadi mangsa kekejam Jamal Abdul Nasir. Jika ada masa terluang dan nak baca surat-surat Maryam Jameelah ketika di penjara, boleh layari di al-ahkam.com.my & temuramah dgn Maryam Jameelah di thetrureligion.org spt di bawah :

http://www.thetruereligion.org/mjameelah.htm
http://al-ahkam.com.my/forum/postlist.php?Cat=0&Board=maryam&page=0&view=collapsed&sb=5&o=


Akhir kata, cukuplah bagiku Ustazah Fuziah buat contoh terdekat...kalau yg lain itu mungkin kurasakan masih jauh...jauh...jauh. Bagaimana pula denganmu sahabat? Siapa gerangannya contoh terdekat itu? Ust Masyitahkah, atau Ustz Siti Bahiyahkah, atau Dr Lo' Lo' kah?

Cukuplah sampai sini, celotehku masih panjang. Namun, aku perlu berwaspada...jgn ada sampai yang tidak berguna.

Buat sahabat, contohilah, letaklah tokoh-tokoh ini di hadapanmu. Letaklah Rasulullah s.a.w di hadapanmu, kalaupun kau tak mampu mengingatkan diri bahawa Raqib & 'Atid berada di sampingmu selalu...utk mencatat & melihat gerak-gerimu. Berhati-hatilah sahabat, andai yang baik itu syurga...yg jahat itu neraka...mampukah kita ketemu di sana.

Wassalam.



---
Hany FF
~ Life is too short to leave kind words unsaid~
22 Zulhijjah 1424 H
14 Februari 2004 M



Thursday, February 12, 2004

Wahnan 'Alaa Wahnin! 

Sudah dua hari aku jauh dr arena ini. Sudah dua hari berkejar ke sana ke mari...utk satu kepastian.
Alhamdulillah! Syukur tak terhingga kuangkat kehadratMU ILAHI atas kurniaMU ini.

Damainya sukar kugambarkan. Dalam senyum, kusimpul semua rasa : gembira, suka, sayu, insaf.
Dalam usia 57 hari, aku dpt melihat organ pertama yang terbentuk itu.
Syukur! Gembira! Suka!
Ya Allah, besarnya kuasaMU. Dalam rahim ini, membesar ia. Hidup ia dengan ruh yang KAUtiupkan.
Erm..bila ruh akan ditiup ya? Kalau tak salah, Imam Syafi'e mengatakan ruh ditiup dlm janin ketika usianya 10 minggu (~70 hari). Dengan sabar, aku harus tunggu :).

Sayu! Sayu sungguh melihat ciptaanNYA, yang penuh hikmah dijadikan seorang manusia itu.
Insaf mengenangkan satu ketika dahulu, aku juga pernah sekecil itu, berada dalam rahim seorang mama. Yang dengan payah membawa selama 9 bulan, dan dibesarkan 7 tahun oleh mama & abah tercinta. Selepas bermula segala ujian, 16 thn aku dibesarkan sendirian oleh mama, setelah abah kembali padaNYA.

Semalam, telah terakam denyut jantungmu yang comel itu.
Hilang segala lelah dan payah yang kurasai, melihat kurniaMU Tuhan.
Apa pula selepas ini? Aku menunggu dengan setia, kurniakanlah kesempurnaan Ya Allahu Rabbi.

Dan hari ini pun datang, dengan seribu kepayahan. Semuanya kutelan, demi nikmat di hadapan.

---
Catatan ke-58;
Hany FF
20 Zulhijjah 1424 H
12 Februari 2004 M


Monday, February 09, 2004

PenGoRbANaN... 

Salam 'alaika ya Rasulallah 'alaihi wa salam...
salamullahi'alaikum warahmatullah...

Dah lama rasanya tak coretkan sesuatu di blog ini.
Rindu bertapuk lagi.

Semalam...satu ujian datang dan pergi. Satu pengorbanan dituntut lagi.
Sesuatu yang telah lama aku inginkan...tapi terpaksa aku lepaskan pergi.
Pengorbanan! Sukarnya membuat keputusan itu, usah diingati lagi. Mengenang setiap detik...sungguh perih. Gundah...resah. Namun, satu kata jitu perlu aku pasakkan di hati.
Syukur...di sebalik pengorbanan itu...ada insan yang mengiring langkah. Walau dia yang berusaha gigih utk peluang yang kami raih bersama. Tapi, tiada penyesalan lagi. Mungkin itu bukan rezeki kami. Rezeki yang datang pd tika yang tidak mengizinkan.
Jgn gundah Hany, 'ilmu sentiasa boleh dicari. Bukan hanya ada pada kertas dan pena formal sahaja.
'Ilmu ada di mana-mana. Berjanjilah...kita akan berusaha demi tiada penyesalan atas pengorbanan ini!
Terima kasih suami, atas dorongan dan usahamu...cuma aku tidak berani menaruh nasib kita atas ketidaktentuanku sekarang ini. :)

Tersimpul satu kisah. Terungkai satu gundah.
Teringat satu cerita...di sebalik satu ziarah.
Hari Sabtu lepas, ke rumah Kak Fari...dalam sibuk-sibuk mereka...sempat lagi menjamu mkn tghari. Terharu sungguh dengan saudara-saudara sebegini. Macam-macam yang dibincangkan. Dari perihal Masters ke perihal PhD, dari topik 'ilmu ukhrawi ke topik Tantawi...dsb.
Teringat kata-kata Abang Roslan, "Ulama' Suu' yang tidak boleh kita ambil pandangan mereka ini, bagai Quran buruk. Mesti diletak di atas juga...tapi tak payahlah dibaca."

Begitu rupanya prinsip Islam thdp mereka ini. Selama ini tertanya-tanya juga, apa reaksi yang boleh kita ambil terhadap org yg bernama ulama' sebegini.

Hari Sabtu hari tu...boleh kata aku ceria dan cergas jek sepanjang hari. Dari pagi sampai malam. Takder rasa letih-letih sbb ... tuh. Lunch kat umah kak fari...banyak aku dpt makan berbanding 2-3 suap saja selalunya. Sbl gih umah kak fari sempat jalan-jalan kat GIANT, tgk2 apa yg patut. Then, balik drp umah kak fari dah malam (of course half day there), sempat pegi MAKRO & CARREFOUR lagi. Tapi time kat CARREFOUR tuh, aku dah penat sangat. Nak melangkah pun pelan jek...sakit pinggang yang amat.

Tak sangka...rupanya ada rezeki utk kami berdua kat CARREFOUR. Waktu nak turun ke parking lot...ada kedai PAY LESS BOOK...sekali pandang...kami berdua terpana. Eh..RM 5 jek? Malam tu saja...kami dpt 2 buah buku.
1. "What to Expect, When Your Are Expecting"
2. "What to Eat, When Your Are Expecting"

Abis la aku..stat hari Sabtu tu..dah ada 'orang' tuh..study..pemakanan apa yang baik utk aku makan. Dan starting from Sunday...I must complete the meals as scheduled! Oh...yang lain boleh except Milk...(pengorbanan besar tuh..paksa diri minum susu...hehehe) ;)

Anyway, slp ziarah rumah org, hari Sabtu...esoknya ada pulak org dtg ziarah rumah kiter. Tq Mudin, Ika, & Laili...sampai gak umah akak ek. ;) Sok-sok..leh mai lagi. Meriah dgn sembang-sembang org MMU :P
Sampai cerita blog pun masuk dlm korum ek...

OKlah..sampai sini saja. Jumpa lagi esok dgn IzinNYA.

Wassalam.


Thursday, February 05, 2004

KurniaMU 

Sabar! Hanya itu yang mampu kudidik hati ini.
Tuhan!...ni'matMU yang tinggi KAU beri...tapi ujian ini juga amat sukar bagiku menempuhinya.
Aku bersyukur atas kurniaMU...tapi...bantulah daku...kurniakanlah daku kekuatan atas ni'mat ini...Allah!
:)


Habibi Ya nuuril 'aini...
Ya Allah..kurniakanlah daku (kami) serikandi...penyejuk di mata...penawar di hati.


~Takkan mudahnya mendapat kurniaNYA, kalau belum diuji...benarkah?~

This page is powered by Blogger. Isn't yours?