blog*spot

Fitrah ZH

Friday, January 30, 2004

Nehi he! ;) Eii...kia bol ti tum 

Assalamualaikum wbt

:D ;) B-) :x :"> :-> ;;)
Eii!Kia bol ti tum? Eiii!Kia mei bolo?
Mood nehi he...Meri zindegi...erk erkkk apa nak cakap ekk..ekekekek
;) Laa'...inni asyukuurli hayatil farhan bissa'adah....
ekekekek..dah dah tuh merepek. Pehe ke?
:D kalu tok pehe...tgk ke yahoo messenger...apa ghupo ambo wat. Kalu jangok sangak, ghoyak. Leh ambo 'touch-up' lagi! :P

Esok dah nak balik kelantan. Sambut 'AidulAdha di sana. :P comelnyer aku jadi menantu org..ekek..cam tak caya. kena behave ek..upss...telepas kang. :">

Dua tiga hari nih..asyik tak bermaya...maklumlahhh...ekekek...mengader2 jek...kalau makan nak berteman. Tak dapat book suami, merata tepon kawan. Nasib baik masih ada kawan sejati...nak gak teman walaupun dah makan :P eheheh

Hany Fariza : Yang tenang, seronok, mudah.
Maksud namaku...simple but meaningful.
Aku tenang? Heks..ramai konfius. Pernah aku wat Test kat kawan2. Aku letak satu soalan killer.

1) Apa maksud nama Hany
a-yg tenang
b-yg kalut
c..d...ntah apapa ntah..tak ingat dah apa lagi pilihan jawapan yg aku letak dlm kuiz tuh

tapi yg paling aku ingat. Kawan aku a.ka Rummet aku kat MMU jawab b - yg kalut. Agaknya dia dah puas tgk aku yg sentiasa kalut di mana saja berada. Mesti dia tak sangka makna sbnr nama aku tuh..yg tenang! ekekekek. Tapi, setakat org yg mengenali aku secara dekat kata, di sebalik kekalutan aku...ada time yg bila aku 'tenang'...dan susah nak 'terusik'. Bila tuh? Ada la time-time dia... :P -might be u as my fren know more! ;) -

Seronok? Upss..simple jek. ada time tenang dan ada time sonooot jek. (jgn sampai tak jaga ciqqah..pesan kakqin) hehehehehehhe...sorrryyyy.

mudah????? apo? mudah aper...mudah buat keputusan? mudah berkawan? mudah marah? mudah aper?
ntoh ler. tu kena tanya my husband. :P (anda tahu? ;)

So simple me rite?! Tapi sbnrnya, dua tiga hari ni...aku rasakan diriku kompleks. Mungkin aku menulis ni ttg topik nih hari ni utk menenangkan diriku sendiri. Pelbagai dlm fikiran. Bukan buntu..bukan runsing...bukan bimbang. Tapi....................???



Mencari diri!


Hany FF
30 Jan 2004 M
8 Zulhijjah 1424 H

Wednesday, January 28, 2004

BasYiiR! Alhamdulillah! 

Salam 'alaika ya Rasulillah sallALlahu 'alaihi wa salam...

Basyiir! Alhamdulillah! :) Syukur kuraup...tadah yang sekian lama kudamba kini makbul jua. Berita pagi ini sungguh tak terduga, biarpun itu yg kuharap-harap. Setelah lebih 5 tahun aku mengharap, dan kini aku diberi peluang...namun, hanya 10 minit aku betul-betul gembira tanpa prasangka terhadapnya. Yang terkemudian, aku mula dihantui persoalan demi persoalan yang tidak dpt kujawab serta-merta. Jurusnya, sampai bila aku akan dihantui sebegitu. Mampukah aku memikulnya? Sanggupkah aku mengharungi semula hari-hari begitu semula? Bagaimanakah aku dpt memastikan keadaanku 5 bulan lagi, 10 bulan lagi, atau 2 thn lagi....sanggupkah aku? :) Senyum!

Benar, jika kita yakin padaNYA dan bantuanNYA, kita akan dipermudahkan olehNYA. Walau apapun keadaan kita, jika bantuanNYA ada...pasti mudah segala. Jam 10 pagi...Alhamdulillah! Satu lagi basyiir yg kuterima...suami juga bersama. Alhamdulillah...senyum! Kuatkanlah Ya Quwwati...mengharungi perjuangan ini. Ia akan bermula...ia bakal bermula. Sekali aku melangkah...KAU berikanlah kekuatan utkku menghabiskannya!

Nafas panjang perlu kuhela...dalam.................................. Senyum!

Mencari kekuatan yang masih tersisa. Utk menyambung satu lagi perjalanan...dalam liku yang sudah semak dengan mehnah dunia. Mencari satu...satU...SATU, hanya SATU titik mula utkku memulakan arah ini...yg selama ini kupinta-pinta, yg kini KAU tunjukkan.

Bukan keluhan yang kuluahkan...tapi satu permintaan. Permintaan yang kalau masih dpt 'diluluskan'. :)
Ermmm...dalam sepi ini akan kuputuskan!


Rabu, 28 Jan 2004 M
5 ZUlhijjah 1424 H


Tuesday, January 27, 2004

MenCaRi KeSanGSiaN 

Mengapa hati yang perlu dijaga? Mengapa jiwa ini yg perlu dididik? Mengapa hati ini yang perlu dipelihara? Mengapa jiwa ini yg perlu dipupuk...agar layunya tak terus mati, agar segarnya tak sampai riya', agar jelingnya tak mungkin menyimpan prasangka...atau mungkin agar apa?

Menguliti hari yang kian berlalu...meniti hari yg bakal menemui waktu, aku buntu. Memikirkan kemungkinan yg mungkin dah tersurat. Perlukah aku?

Mungkin tak perlu segenap inci itu aku teliti...(hingga sebutir nasi tak bisa kutelan). Cuma hatiku ini mengatakan padaku : "Biar! Biar!"...mungkin dalam senggang masa ini utk aku meneliti inci-inci hidup yg lalu. Mungkin dalam jangka waktu yang singkat ini utkku merenung...bakal laku masa hdpn.

Sukarnya menjaga hati. Sukarnya men'jaga'...baru kini kufahami. Perlukah aku bercerita kpd seseorg? Utk berkongsi akan pedih fikir dan albi dalam men'jaga'nya?

Tidak...tak perlu! Selagi aku mampu menjaga hati ini agar tak melampaui batasnya. Selagimana aku mampu menyerlahkan yang menyenangkan hati...insan lain.

Tuhan...bantulah aku, hambaMU yang kerdil ini utk men'jaga' hati ini agar dpt kulahirkan hati-hati yang bersih dan suci menghadapMU.

Maaf kerana terlupa mengirim salam sejahtera, buatmu sahabat. Runsingku bertapuh...
Terimalah...salamullahi'alaikum warah matullahi wabarakatuh. Buat semua yang membaca dan mengerti.

27 Jan 2004


Monday, January 26, 2004

.MenJuNJuNG KaSiH 

Assalam'alaikum ya sahabaati

Semangat pagi ini kuharap tak gugur dengan mehnah dunia yang tak putus menjajah minda.
Azam pagi ini kucita agar tak lemah dipujuk rayu dunia.

Tiada ada yg dapat kucoretkan buat hari nih...terlalu banyak yg berlaku sejak seminggu yg lalu. Berita suka dan duka. Berita syukur yg dpt kupanjatkan hanya kehadratMU Ilahi. Fikirku jadi sempit. Rehatku mau panjang. Mungkin masih dlm mode 'Pangkor' :P

Sekadar menyelitkan satu puisi...hasil renungan panjang seorang hamba Allah yang cuba mencerna 'ilmu dan fikir dalam satu penulisan yg ....'panjang'...............................


WASIAT SYUHADA’ II
(Rintih Palestin yang tak henti merintih)


Jejak bumi Palestin. Bukan lagi janggal.
Mujahid, langkahmu di sini
satu semangat. Semangat yang
diwariskan wasiat.
Wasiat yang benar.
Ahya’!

“Min ‘ilmulyaqeen”
Inginku mencari Ahya’. Pemuda
Berlin didikan Palestin.
Songsang di awal, sesat di pangkal.
Hijrah di Subra, hijrahnya ke syurga.
Tembus peluru, bukan tolehan.
Ahya’ yang kucari.
Ahya’ yang masih “hidup.”

“Min ‘ainulyaqeen”
Langkahnya kudengar. Ahya’ masih di sini.
Nafasnya berbisik, akan pedihnya berdiam laku.
Getar marahnya terdesir, akan gelojak juang yang membara.
Berpaling.
Ahya’ yang masih hidup!

“Min haqqulyaqeen”
Azamnya terpahat. Dalam, bukan changkat.
Ijtihadnya kukuh. Jelas, bukan keruh.
Kerana yaqeennya Ahya’,
Dia memikul 16kg senapang itu,
Dia menggalas 20kg adik perempuannya,
Dan andainya masih punya daya,
Pasti ibu yang capek itu didukung bersama.
Tawakkal ‘alaLlah!

Dia yaqeen menentang la’natullah,
Mencari nurr haq di bumi yang basah disimbah darah.
Mencari nafas muthma’innah di ruang yang jenuh disesak nafsu lawwamah.
Dengan kaki yang tinggal sebelah…

Allahu Akbar!


Hany FF
Padang Melangit, Ps

26 Jan 2004

Friday, January 16, 2004

BuKaN SeNdIrI 

Salamullahi 'alaikum warah matullah...Assalaamu`alamanittabi`ilhuda
Salam 'alaikum ya rasulallah s.a.w... ahlil bait...sahabah....

Salam buat semua.
Hampir luput masa dalam arus zaman yang tak kenal siapa.
Rindu bukan diukur dengan masa, tapi luasnya melaut, menunggu masa utk kita mengutip pd sekian-sekian waktu utk dicurahkan pd insan tertentu.

Rindu pd siapa? Hari ini...aku rindu pd Mamaku. Semalam...aku rindu pd Nenekku. Petang ini...rindu pd Suami. Esok? Rindu pd siapa? Adakah masa utk kita rindu pd Allah? Pada DIA yang selalu memerhati...tak pernah terlalai melihat tingkah-laku kita, makhluk ciptaanNYA...yg satu waktu...pernah dilabelkan sbg perosak muka bumi oleh Malaikat r.a.

Siapa kita? Perosak muka bumikah atau khalifatullah yang mengabdi? Mampukah kita menjunjung amanah agung itu. Kerdilnya diri. Da'wah utk org lain mungkin sudah lama terbengkalai dr diari sementara ini...sejak material menghurung jiwa. Sejak berkerjaya. Tapi kita tak harus putus asa...hidup ini tempoh sementara. Yang berjalan kaki, dilanggar kenderaan. Yang bermotor, dibeghetuh kereta. Yang berkereta, terlanggar lori. Yang di atas lori, jatuh gaung. Sementara kita masih dipinjamkan nyawa utk menyeberangi jambatan dunia ini...kita harus berusaha. Mencari 'ilmu? Mengukuhkan iiman? Mendekatkan 'diri'? Atau apa saja...yg penting usaha..niatkan seikhlasnya!

Teringat kata-kata Tok Guru dlm satu VCD yang kutonton 3 hari lepas...
"Pemimpin wajib tahu apa yg nak dilaksanakan. Kita semua umat Islam. Ilmu terutama tauhid dan 'aqidah harus JELAS kpd setiap muslim, mukmin tak kiralah pemimpin atau tidak. Bila timbul isu berkenaan 'Aqidah...ketidakpatutan ialah apabila "we have no idea about it" dan terus merujuk 'pakar'." Bersedialah...kita mungkin akan menghadapi masalah...apapa masalah yg mungkin berkaitan terus dgn 'aqidah & tauhid...berjaga-jagalah...agar kita punya bekal...kefahaman & pengetahuan utk kita buat pertimbangan sewajarnya...kalaupun tak mampu diselesaikan berseorangan...utk dibincangkan.

:)

Sempatkah aku rindu kepadaNYA? (dalam sisip waktu yang tak pernah jemu mendesah rasa yang kalut dengan fitnah dunia?)

:) di bawah nih ada aku selitkan lirik lagu Ke Hujung Dunia...by Aidit Alfian. Maksud sbnr cinta itu aku kurg pasti ditujukan kepada siapa. Tapi cuba fahamkan jika kita 'lencong'kan cinta dan rindu tuh kepada Allah & Akhirat.

Ke Hujung Dunia

Bila kudengar lagu cinta
Tentang sepasang anak manusia
Yang sedang hanyut dibuai asmara
Beradu di dalam syurga loka
Yang amat indah

Pasti kukenangkan diriMU <---- jika terkenangkn Allah,ingt tak janji kita pdNya masa kita di alam roh dulu?
Yang masih jauh di rantau orang
Lantas ku teringat kata-katamu
Yang kau ucapkan tika saat-saat
Kita berpisah

( korus )
Takkan bisa hatiku berubah <----- teguhnya iimann! :P
Bila di timpa dugaan dan badai melanda kita
Teguh berdiri cinta yang ada

Takkan bisa sekali-kali kasihku berubah <--- kentalnya taqwa ;>
Bila bertindanan halangan tiba
Kesetiaanku tetap serupa
Kasih tak kan berubah

Ku percaya cinta harus bersama <--- mampu bertahan? :)
Bukan terpisah ke hujung dunia
Ku cuba menanti
Walau lebih lama lagi
Andai kau benar-benar menyintai ku

( ulang korus )

Bila kukenangkan dirimu
Yang masih jauh di rantau orang
Pasti ku teringat kata-katamu
Yang kau ucap tika saat-saat
Kita berpisah


I'm still there........................




Wednesday, January 14, 2004

PiLiHaN 

Assalamualaikum wbt. Hari ini Rabu 21 Zulkaedah 1424H. Selamat petang...andai masih ada malam buatku. Pagiku sudah berlalu. Dalam kesibukan dunia, doaku agar akhirat menjanjikan kebahagiaan yang abadi. Tuhan, kuatkanlah iman & taqwa agar impian ini bukan hanya mimpi........

Semalam...slp satu puisi aku postkan ke blogspot ini...ada yg bertanya...macam ada apapa ker...hehe takder apapa lah..biasalah. lagikan lidah pun tergigit ek... ;) :P Tapi seiras yang kupandang hanya satu. Aku bersyukur dengan kehidupan sekarang.

Duniawinya...aku punyai suami yang penyayang & memahami, rumah tempat berteduh, kerjaya utk bekal diri, ibubapa yang masih menyayangi diri ini, sahabat yang sentiasa memperingati (++selera yang "alhamdulillahhh":P)

Ukhrawinya...aku punyai masa utk 'mendekatkan diri' denganNya. Teringat kata-kata suamiku semalam : "Usaha dalam mencariNya adalah panjang dan luas. Bagaimana dan bila...adalah persoalan yang hanya boleh dijawab oleh diri makhluk-hamba Allah itu sendiri. Bagaimana utk kita menyesuaikan diri dgn 'pilihan' kita dlm hidup...terpulang kepada kita. Namun, apabila sekali 'pilihan' tersebut kita terima dlm hidup dgn 'apa yg ada pdnya~segala kecacatan, kesakitan atau keburukan pd dirinya' maka wajib kita redha akan pd yg ada pdnya kerana itulah kurniaan Allah pdnya. Jika ia boleh diubah ke arah kebaikan, spt sifat manusia...berusahalah dan tawakkallah. Jika tidak, spt kecacatan kekal...pasrah dan redhalah. Kebaikan itu ada dalam setiap kejadian Allah."

Berdoalah dalam hidup ini...agar...suatu hari nanti...jika kita punya pilihan dlm meneruskan hidup ini. BantuanNYA akan sentiasa bersama kita utk mendorong diri kita memilih pilihan yg men'dekat'kan diri kita kepadaNYA. Berdoa...berusaha...tawakkal...dan berserahlah. Hanya DIA yang memegang hati hambaNYA ini.

****
Balasan daripada seorang SUAMI, kepada seorang ISTERI.

Seiras riak wajah penuh ceria,
Menghiasi kekosongan satu kehidupan,
Galak cemerlang mata membisikkan kasih dan rindu.

Bersih hati itu kukagumi,
Walau terkadang khilaf menggambarkan yang nyata,
Aku yakin tiada satu titik kesengajaan merombak ketaatan,
Cukup satu senyuman memulakan semula segala keindahan,

Kuhormati kental usahamu,
Keringat tidak pernah dikira sendiri,
Setapak demi setapak digagahi menempuh dugaan dan cabaran,
Demi redha Allah, yang turut kurelai ia untukmu...

Umpama satu titik permulaan,
Setiap hari mendatang satu permulaan,
Yang berterusan pastinya Maha Pencipta,
Jasad makhluqnya pasti terkubur,
Namun sehela nafas terakhir,
Pastinya menjanjikan keredhaan sepanjang hayat,
Usah diminta, ia ada dan sentiasa ada, buatmu Isteri.


mozaba, 13 Jan 2004 ~20 Zulkaedah 1424H

Tuesday, January 13, 2004

KEBERSIHAN HATI ~ TazkiyatunNafsi 

KEBERSIHAN HATI ~ TazkiyatunNafsi

Kebersihan hati menentukan kesahihan ibadah seseorang. Di dalam konteks solat,unsur-unsur ibadah hati yang ditekankan ada enam. Semuanya berpandukan Imam Al-Ghazali di dalam Ihya 'Ulumuddin;

1.Kehadiran hati (hati tidak menerawang memikirkan perkara perkara selain dari solat)

2.Pemahaman (memahami segala perkataan yang dilafazkan ketika solat)

3.Pengagungan dan merasai kehebatan Allah s.w.t. (Berasa takut terhadap Allah hasil dari kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran Ilahi).

4.Harap (Mengharapkan pahala dari Allah kerana kerana DIAlah saja tempat pergantungan bagi manusia).

5.Malu (Berasa malu dengan ibadah yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya sudah tentulah).

Berhubung dengan ini, Imam Al-Hasan berkata: Mereka yang tidak menghadirkan hati ketika melakukan solat, solat mereka akan mencepatkan mereka kepada seksaan Allah.

Perlaksanaan Ibadah-ibadah ini secara konsisten akan menyedarkan umat Islam tentang kepentingan memelihara hati dari serangan ansir yang boleh merosakkannya. Di antara perkara yang amat ditekankan agama ialah keikhlasan. Itu paling penting kerana dari keikhlasan itulah yang menentukan ibadah kita diredhai Allah atau sebaliknya. Allah berfirman: Maka kecelakaanlah bagi mereka yang solat, (iaitu) mereka yang lalai dari solatnya. Yang mengerjakan kebajikan untuk dilihat orang (riya')...(Surah Al-Ma'un ayat 4-6)

Mereka yang ikhlas akan mendapat kedudukan yang istimewa di hari Akhirat.Nabi s.a.w. bersabda: (Di antara mereka yang) duduk di bawah naungan 'Arasy Allah, pada hari yang tidak ada sebarang naungan melainkan naunganNya ialah, seorang lelaki yang bersedekah dengan tangan kanannya sehingga tersembunyi dari tangan kirinya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebaliknya, mereka yang suka menunjuk-nunjuk akan mendapat dosa dan kehinaan.Nabi s.a.w. bersabda: Sedikit dari riya' ketika (ketika beramal) adalah syirik..: (Riwaya Al-Tabrani dan Al-Hakim.Isnadnya sahih).

Di akhirat, golongan yang riya' akan dipanggil dengan beberapa gelaran keji, seperti yang disebutkan oleh nabi s.a.w.: Di hari qiamat mereka yang riya akan dipanggil dengan gelaran) Wahai orang orang yang keji, wahai pengkhianat, wahai orang yang suka menunjuk-nunjuk.. (Riwayat Ibn Abi Dunya)

Di dalam Ihya 'Ulumuddin, diriwayatkan perkataan Saidina Ali r.a. berhubung dengan cara untuk mengenal riya'. Beliau berkata; Mereka yang suka menunjuk-nunjuk (riya') mempunyai tiga tanda:

1.Apabila bersendirian, malas beribadah.Kononnya tak ada orang nak naikkan semangat untuk beribadah.Sebaliknya apabila berada bersama-sama dengan orang ramai, dia menjadi rajin.Contohnya kat Masjid, kononnya malu kalau tak buat solat sunat.

2.Apabila dicaci, amal ibadahnya dikurangkan.

3.Apabila dipuji, dia menambahkan amalannya.

Ni jelas amalan yang 2 dan 3 tu, bergantung pada sorrounding people's insult.


Hati yang bersih juga akan melahirkan peribadi yang jujur lagi beramanah.Peribadi seperti ini semakin ketandusan pada hari ini. John C. Maxwell di dalam Developing the leader within you berkata: Semua orang pernah menemui mereka yang penonjolan luarannya lebih hebat dari dalamannya.Amat menyedihkan pada hari ini, ramai orang memberi focus kepada pembinaan imej luaran lebih dari imej dalaman.Yang anehnya apabile mereka jatuh mereka tidak tahu punca yang menyebabkan kejatuhan itu.. Rumah Putih, Pentagon,Capitol Hill, gereja, gelanggang sukan, akademi malah pusat penjagaan kanak-kanak, semuanya telah diserang pelbagai skandal yang memalukan pada hari ini.


(petikan : http://www.e-ulama.org/Artikel/Default.asp?mode=0&id=184)

SeTiaP KaLi 

Untuk yang bernama SUAMI,
Daripada seorang insan bergelar ISTERI.

Setiap kali matamu berkelip
kutahu harapmu yang jauh
Setiap kali nafasmu kauhela
kufahami maksudmu yang panjang
Setiap kali langkahmu pantas
kumengerti silapku.................


Terima kasih Suami kerana sabarnya kau
mendidikku :)

"Allahummalhimni rushdanaa wa a'iiznaa min syarri nafsina
wasshrif qulubana 'ala tho'atika, Ya Musharrifal Quluub wal Abshoor"



HANY FF - Tue, 20 Zulka'edah 1424 H

Monday, January 12, 2004

Assalamualaikum wbt,

Second day of developing my personal blogspot. Sambil2 dlm kekalutan tugas, sempat juga curi2 masa menjengok bagaimana nak masukkan tagboard dan poll. Alhamdulillah berjaya juga! :) Cuma Comments tuh dah masukkan tapi tak yakin, saya terdelete lak. Esok2 la pulak masukkan balik :P

Cuma nak berkongsi dengan sahabat2 dan saudara2...satu puisi...dr hati :)

WASIAT SYUHADA’ I
(Rintih Palestin yang tak henti menangis)


Kugulung airmata pewaris-pewaris syuhada’,
Yang anak lelakinya masih menjilat pepasir di pinggir bibir,
Yang anak perempuannya masih terkebil-kebil momohon tatih,
Yang isterinya sudah lencun dengan peluh merenih.

Kutatap wajah penderitaan,
Pada anak lelakinya yang suap pun jenih dilap,
Pada anak perempuannya yang lena pun payah lelap,
Pada isterinya yang makan pun menahan suap.

Kubentang wasiat ayahanda, seorang pejuang.
“Putera-puteri pewarisku,
Aku hanya seorang ‘abdillah,
Harta ada sezarah cuma,
Ilmu di dada kubawa bersama,
Iman dan taqwa hanyalah harta.”

“Putera-puteri pewarisku,
kuwasiatkan iman dan taqwa.
Mujahid…warisilah iman seluruhnya,
Syaja’ahku yang ini, warisilah
Syaja’ah.
Kau putera tunggalku seorang.
Mujahidah…warisilah iman sepenuhnya.
Sa’adahku yang melaut ini, warisilah
Sa’adah, hana’ah.
Kau puteri tunggalku seorang.
Hajar, syukran atas perkongsian dan kesanggupan,
Warisilah keabadian cinta buat Ilahi,
Suluhkan hidup putera-puteri dengan NUUR suci.”

Kuraup syukur,
Kutadah mutma’innah,
Kutatap wajah-wajah itu lagi…
Dan kulihat hanya raut tenang.
Jauh dari derita, dekat dengan bahagia.
Jauh dari dendam, dekat dengan iltizam.
Kupejamkan alis, terbukalah kalis…
Dekatnya denganMU.

Hany FF
Padang Melangit, Ps
Ramadhan 1422H




Saturday, January 10, 2004

ohoo penantian..ohoo kerinduan :>

This page is powered by Blogger. Isn't yours?